Tuesday, 1 December 2015

video pelajar USM-cerpen capa rengat





Lakonan semula cerpen capa rengat oleh pelajar USM. selamat menonton

PEMIKIRAN BAHARUDIN KAHAR DALAM CAPA RENGAT- CERPEN GULAI RAWO DAN PROSES KEPENGARANGAN

penulis telah memberikan nafas baru kepada watak Budin di dalam karya Gulai Rawo

Jika dahulunya Budin dalam Kelah Sisik Merah merupakan watak yang keras kepala dan ego dalam menangkap Kelah Sisik Merah, dalam Gulai Rawo Budin telah mula lembut hati dan tidak teragak-agak untuk meminta pertolongan sewaktu tidak berjaya memperoleh ikan
Baharuddin telah melakukan konvensi pada novelnya sendiri dengan memantapkan asas- asas iman yang ada pada diri Budin
Budin telah bermuhasabah atas kelemahan dirinya dan beliau cuba membaikinya
Sikap keras kepala yang ada dalam dirinya dahulu telah cuba dilembutkan di dalam novel Gulai Rawo
Berkat dari sikapnya yang redha atas rezeki tuhan akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya membawa pulang ikan ke rumahnya untuk dimasak oleh Ambi anaknya. 
“ Batin Itam memasukkan ikan- ikan itu ke dalam bujam, menyerahkannya kepada Budin”.
      (Antologi Gulai Rawo, 2005: halaman 120)

dalam Gulai Rawo elemen pelanggaran terserlah pada watak Agil
Agil mempunyai isteri yang sangat cantik dan menetap di bandar. Pekerjaan Agil sebagai seorang peguam telah mengubah kehidupan Agil menjadi seorang yang bongkak dan sombong.
Selera makan juga sudah bertukar, kalau dahulunya Gulai Rawo lah yang menjadi kegilaan Agil namun kini makanan Barat seperti burger dan beefsteak menjadi hidangan mahal yang enak sekali. Hal ini jelas terlihat dalam petikan berikut:
Heh…! Ngapa tak makan gulai? Cedoklah! Bagus ni, lemak…,” kata Budin menyuruh
“ Entah abang pun, makanlah…,” pinta Ambi
Iya… ya.” Agil mencedok kuah dan mengambil secebis kecil ikan. Kemudian dia memandang Marina.
“Dulu abang cukup suka gulai begini, tapi sekarang entah mengapa tak bole pergi,” katanya.
“Abang ikut saya.”
“Tak Juga.”
“Mungkin dah tak biasa, dan biasa dengan beefsteak, burger saja.”

  (Antologi Capa Rengat, 2005:123)
PROSES KEPENGARANGAN
Pengalaman penulis yang dilahirkan di Pekan Lama, Tanjung Rambutan Perak dijelmakan menerusi penulisan karya penulis. Ini jelas bersandarkan apa yang terdapat dalam cerpen Capa Rengat ada pertautan dengan kehidupan lampaunya semasa di alam pekerjaan

Tamat persekolahan penulis melakukan pelbagai pekerjaan yang menambahkan lagi pengalaman penulis untuk dijadikan pencetus idea dalam kepengarangan
Pekerjaan sebagai buruh dan menjadi peniaga menjadikan penulis lebih memahami masyarakat bawahan yang dapat diolah oleh penulis melalui gambaran yang diberi di kawasan perkampungan desa menerusi Antologi Cerpen Capa Rengat, Gulai Rawo dan juga Kelah Sisik Merah.
Pengalaman bertugas sebagai Pemberita Daerah bagi Berita Harian mewajarkan seluruh bandar Ipoh terutamanya Sungai Kinta dapat diterokai oleh penulis menjadi latar tempat dan diceritakan kembali melalui novel lain yang ditulis seperti Jubilee Park, Stor Stesen Kereta api dan cerpen Capa Rengat
Dunia persekolahan juga bukanlah asing bagi penulis kerana penulis pernah menjadi seorang guru. Hal ini dipaparkan dalam cerpen Gulai Rawo yang memaparkan sifat Budin yang gigih memberi pendidikan kepada anaknya Agil.

KESIMPULAN
Pada keseluruhannya, mendapati cerpen-cerpen Baharuddin Kahar terserlah pemikiran tradisi yang bersuara lantang mengkritik hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dengan alam dan hubungan manusia dengan pencipta. Prinsip pelanggaran dalam Teori Teksdealisme merupakan satu kerangka yang kukuh dan terdapat dalam pemikiran Baharuddin Kahar. Baharuddin seorang sasterawan yang menulis merentasi dunia atas angin dan dunia bawah angin menjadikan pengalaman dan pengetahuannya sebagai senjata untuk mengutarakan idea pemikirannya yang menggunakan teknik monolog dalaman wataknya. Pemikirannya ditulis untuk memperlihatkan keunggulan yang ada dalam dirinya.  Baharuddin juga dilihat menulis bukan atas kepentingan individu sebaliknya untuk membentuk nilai menghargai tradisi  dalam masyarakat.

PEMIKIRAN BAHARUDIN KAHAR DALAM CERPEN KELAH SISIK MERAH(1977)


Aspek tanggungjawab seorang bapa kepada anaknya demi mencari rezeki amat jelas ditekankan dalam cerpen ini.
Ciri-ciri tradisi lain yang dikekalkan  termasuklah cara menangkap ikan secara tradisional menggunakan joran buluh.
nostalgia kepada isteri tidak pernah padam apabila Budin selalu teringatkan isterinya walaupun isterinya sudah meninggal dunia.

Pengarang telah meletakkan Budin sebagai watak utama dalam cerpen dan menaikkan watak Budin dengan perwatakan yang tidak putus asa dan bersungguh-sungguh untuk memenuhi permintaan anaknya yang akan pulang dari luar Negara tidak lama lagi
Pembawaan watak ayah dalam cerpen ini dilihat sangat besar dan berpengaruh apabila Budin sanggup bermati-matian berjalan ke lubuk untuk mendapatkan Kelah Sisik Merah.
terdapat beberapa situasi yang menyebabkan berlakunya perlanggaran pemikiran yang berbeza telah diwujudkan oleh pengarang. Kasih sayang seorang ayah adalah lembut dan penuh dengan kegembiraan, namun dalam cerpen ini, Budin telah beberapa mengeluarkan kata-kata yang kasar ketika sedang memancing kelah.
  Celaka! Ini mesti anak-anak seluang   mengacau umpan.”
  “Celaka! Celaka! Kau memang cerdik”

Pengarang juga mengekalkan aspek kehidupan tradisional yang hanya bergantung kepada alam semula jadi
Pelanggaran pemikiran ini diwujudkan bagi menghidupkan suasana kehidupan yang sangat sederhana dan hanya bergantung kepada alam semula jadi jauh dari kesibukan kota
Sepanjang hayat Budin, sungai telah menjadi sumber pencarian rezeki yang utama kepada keluarganya sehinggakan ramai orang di kampung beliau memandang tinggi kehebatan dan ketangkasan Budin memancing ikan kelah
pengarang menggambarkan fenomena kehidupan yang lebih kepada tradisional dan klasik.
pengarang juga mengekalkan unsur tradisional dengan menceritakan suasana dan pemandangan kampung Budin
pengekalan ini dinaikkan oleh pengarang bagi mewujudkan ciri-ciri kelainan dalam kepengarangan dan mengangkat pemikiran tradisi dalam idea penulisan dan menjadi unsur yang dominan dalam teks cerpen tersebut.

Pemikiran Baharuddin Kahar dalam Cerpen Capa Rengat

PEMIKIRAN RASIONALISME
pemikiran rasionalisme yang mempengaruhi penanya
Beliau sentiasa menekankan isu kebenaran, dan kelogikan sesuatu perkara
beliau turut mengetengahkan cara berfikir dan cara memperbaiki diri bagi mencapai kejayaan

beliau tetap memaparkan keutuhan nilai tradisi sebagai tulang belakang cerpennya

SINOPSI CERPEN CAPA RENGAT
Capa Rengat (1976), mengutarakan tradisi cinta pada kehidupan desa yang indah permai kaya dengan flora dan fauna disulami persahabatan yang terjalin antara dua jiwa yang penuh dengan keikhlasan
•Memaparkan jiwa seorang anak kecil yang mencintai desa walaupun telah lama menetap di bandar
•Sesuai dengan kontekstualnya iaitu menghargai keaslian alam semula jadi ciptaan Tuhan dan  mengeratkan silaturahim sesama insan

“Mula tiba dulu aku berasa agak kesepian juga. Tetapi setelah satu dua hari menyesuaikan diri, kesannya ternyata berubah. Ada semacam keistimewaan yang belum pernah aku rasakan pada kampung itu. Demi memandang gunung- ganang dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Timbul suatu macam rasa adventure yang menyenangkan”
 (Antologi Capa Rengat, 2005: halaman 1)

•Dalam  menghayati aspek pengekalan dalam cerpen ini, Baharuddin Kahar cuba membawa isu pelanggaran pemikiran yang dibawa oleh watak ‘aku’ iaitu seorang kanak- kanak bandar yang datang ke desa saudaranya
Sudut emosi turut dimainkan oleh Baharuddin Kahar apabila beliau memasukkan watak budak perempuan kampung yang sangat mahir dengan selok belok alam rimba iaitu watak ‘Su’
Watak ‘Su’ ini dihidupkan dengan kesopanan dan keriangan seorang anak kampung hal ini sekaligus berjaya menambat hati ‘Aku’ seorang anak kaya bandar metropolitan
Pengkarya mahu anak muda generasi kini menghargai unsur alam tradisi yang penuh dengan kepelbagaian pengalaman
Bukan sahaja ilmu pendidikan formal yang perlu dipelajari sebalik ilmu tidak formal  perlu dimainkan peranannya dalam mendidik anak bangsa

“Waktu petang aku selalu dibawa Pakcik Kinto, bapa saudaraku ke bukit- bukit di belakang rumah pusaka kami”  
         (Antologi Capa Rengat, 2005: halaman 1)
“Kadang- kadang kami berterjunan ke dalam paya sambil saling simbah menyimbah air ke muka sesama sendiri. Apabila sudah letih begitu kami mencari kulit kijing paya untuk dikumpulkan”.
        (Antologi Capa Rengat, 2005: halaman 4)



Latar Belakang sasterawan - Baharudin Kahar

Baharuddin Kahar atau nama sebenarnya Baharuddin bin Buyung Kahar .
Lahir pada 24 Disember 1946, di Pekan Lama, Tanjung Rambutan, Perak
Menggunakan nama samaran B.K Samiyung
Kini menetap di Segamat, Johor Darul Takzim
Beliau memperoleh pendidikan awalnya di Sekolah rendah Inggeris Catur Avenue, Ipoh Perak
Cerpen pertamanya berjudul Abah Nak Jumpa Abang tersiar dalam Utusan Zaman,  18 April 1971.
Cerpen ini menjadi batu asas beliau untuk terus menghasilkan cerpen-cerpen yang berkualiti hingga berjaya meraih beberapa hadiah menerusi sayembara sastera.
Hasilnya, cerpen Bah Urei dan Longnya Laku berjaya memenangi Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA 1976 dan 1981

Bagi Siri Hadiah Malaysia (HSM), cerpen-cerpennya yang berjaya meraih hadiah ialah Ganja Iras  menerima HSM 1982/1983 dan kumpulan cerpen, Terima Kasih Tuhanku pula terpilih memenangi HSM tahun 1984/1985.
Baharuddin juga menulis puisi dan sehingga kini lebih kurang 40 buah puisi telah tersiar dalam pelbagai majalah dan akhbar
Atas kegigihan dan bakat yang dimiliki, Baharuddin terpilih sebagai penerima "Zaman Sastera" daripada akhbar Berita Harian pada tahun 1985.



Pengenalan

Teori Teksdealisme

Diasaskan oleh Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana)
Merupakan pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa dan Komunkasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
Teori Teksdealisme ialah cantuman dua perkataan iaitu ‘teks’ dan idealisme’ yang membawa maksud teks sebagai susunan idea atau pengalaman yang mengandungi makna yang berlapis-lapis dengan mempunyai sifat keunggulannya
Empat prinsip yang digariskan oleh Mana Sikana untuk menganalisis karya iaitu prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keperibadian.
Karya Baharuddin Kahar iaitu Capa Rengat
-Kami memilih prinsip pelanggaran. (cerpen)
-pengekalan dan perubahan yang dilakukan pengarang
-langkah- langkah prinsip itu dilakukan
-fungsi dan kesan terhadap pembinaan teks pengarang