Tuesday, 1 December 2015

PEMIKIRAN BAHARUDIN KAHAR DALAM CAPA RENGAT- CERPEN GULAI RAWO DAN PROSES KEPENGARANGAN

penulis telah memberikan nafas baru kepada watak Budin di dalam karya Gulai Rawo

Jika dahulunya Budin dalam Kelah Sisik Merah merupakan watak yang keras kepala dan ego dalam menangkap Kelah Sisik Merah, dalam Gulai Rawo Budin telah mula lembut hati dan tidak teragak-agak untuk meminta pertolongan sewaktu tidak berjaya memperoleh ikan
Baharuddin telah melakukan konvensi pada novelnya sendiri dengan memantapkan asas- asas iman yang ada pada diri Budin
Budin telah bermuhasabah atas kelemahan dirinya dan beliau cuba membaikinya
Sikap keras kepala yang ada dalam dirinya dahulu telah cuba dilembutkan di dalam novel Gulai Rawo
Berkat dari sikapnya yang redha atas rezeki tuhan akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya membawa pulang ikan ke rumahnya untuk dimasak oleh Ambi anaknya. 
“ Batin Itam memasukkan ikan- ikan itu ke dalam bujam, menyerahkannya kepada Budin”.
      (Antologi Gulai Rawo, 2005: halaman 120)

dalam Gulai Rawo elemen pelanggaran terserlah pada watak Agil
Agil mempunyai isteri yang sangat cantik dan menetap di bandar. Pekerjaan Agil sebagai seorang peguam telah mengubah kehidupan Agil menjadi seorang yang bongkak dan sombong.
Selera makan juga sudah bertukar, kalau dahulunya Gulai Rawo lah yang menjadi kegilaan Agil namun kini makanan Barat seperti burger dan beefsteak menjadi hidangan mahal yang enak sekali. Hal ini jelas terlihat dalam petikan berikut:
Heh…! Ngapa tak makan gulai? Cedoklah! Bagus ni, lemak…,” kata Budin menyuruh
“ Entah abang pun, makanlah…,” pinta Ambi
Iya… ya.” Agil mencedok kuah dan mengambil secebis kecil ikan. Kemudian dia memandang Marina.
“Dulu abang cukup suka gulai begini, tapi sekarang entah mengapa tak bole pergi,” katanya.
“Abang ikut saya.”
“Tak Juga.”
“Mungkin dah tak biasa, dan biasa dengan beefsteak, burger saja.”

  (Antologi Capa Rengat, 2005:123)
PROSES KEPENGARANGAN
Pengalaman penulis yang dilahirkan di Pekan Lama, Tanjung Rambutan Perak dijelmakan menerusi penulisan karya penulis. Ini jelas bersandarkan apa yang terdapat dalam cerpen Capa Rengat ada pertautan dengan kehidupan lampaunya semasa di alam pekerjaan

Tamat persekolahan penulis melakukan pelbagai pekerjaan yang menambahkan lagi pengalaman penulis untuk dijadikan pencetus idea dalam kepengarangan
Pekerjaan sebagai buruh dan menjadi peniaga menjadikan penulis lebih memahami masyarakat bawahan yang dapat diolah oleh penulis melalui gambaran yang diberi di kawasan perkampungan desa menerusi Antologi Cerpen Capa Rengat, Gulai Rawo dan juga Kelah Sisik Merah.
Pengalaman bertugas sebagai Pemberita Daerah bagi Berita Harian mewajarkan seluruh bandar Ipoh terutamanya Sungai Kinta dapat diterokai oleh penulis menjadi latar tempat dan diceritakan kembali melalui novel lain yang ditulis seperti Jubilee Park, Stor Stesen Kereta api dan cerpen Capa Rengat
Dunia persekolahan juga bukanlah asing bagi penulis kerana penulis pernah menjadi seorang guru. Hal ini dipaparkan dalam cerpen Gulai Rawo yang memaparkan sifat Budin yang gigih memberi pendidikan kepada anaknya Agil.

KESIMPULAN
Pada keseluruhannya, mendapati cerpen-cerpen Baharuddin Kahar terserlah pemikiran tradisi yang bersuara lantang mengkritik hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dengan alam dan hubungan manusia dengan pencipta. Prinsip pelanggaran dalam Teori Teksdealisme merupakan satu kerangka yang kukuh dan terdapat dalam pemikiran Baharuddin Kahar. Baharuddin seorang sasterawan yang menulis merentasi dunia atas angin dan dunia bawah angin menjadikan pengalaman dan pengetahuannya sebagai senjata untuk mengutarakan idea pemikirannya yang menggunakan teknik monolog dalaman wataknya. Pemikirannya ditulis untuk memperlihatkan keunggulan yang ada dalam dirinya.  Baharuddin juga dilihat menulis bukan atas kepentingan individu sebaliknya untuk membentuk nilai menghargai tradisi  dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment